Monday 6 February 2012

KHALID ISMATH MENGAKU PERGUNA MAHASISWA


DI ekstrak dr midvoices.blogspot.com
Assalamualaikum semua. Salam Aspirasi.
Khalid Ismath MENGAKU "Sengaja buat kacau!"


Safira Safri ingin mahasiswa semua tahu bahawa pengakuan Khalid Ismath ini tidaklah begitu penting kerana Middle Voices percaya bahawa mahasiswa semua boleh menilai akan setiap perbuatan Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang hanya membawa suara mereka secara demonstrasi dan menolak etika dan kebudayaan intelek sebagai kumpulan mahasiswa.

Pengakuan pelajar tahun 1, Fakulti Undang-undang UiTM ini SS dapatkan melalui blognya sendiri iaitu Revolusi Habib yang mana entri ini bertarikh 5 Februari 2012 dan dikorbankan kerana Allah oleh cari-lah pada jam waktu malaya 6.57 pm.

Sementara itu, Khalid Ismath merupakan pelajar yang telah banyak memberikan impak dan kesan negativf kepada mahasiswa UiTM di dalam proses memecah belahkan kesatuan pelajar demi mengikut ideologinya yang dikiranya betul.

Sedangkan, atas pertimbangtelitian SS, Khalid Ismath serupa seperti Mak Lampir Adam Adli yang diperkudakan oleh parti politik PKR, PAS dan DAP yang kehausan undi demi untuk mencapai cita-cita membalas dendam kepada Tun Dr. Mahathir sekaligus merampas Putrajaya yang suatu ketika dulu mereka, PR tidak bersetuju akan pembukaan wilayah itu.

JOM kita lihat bersama; "SS tidak pasti samada post ini akan diubah atau dipadamkan oleh tuan empunya blog!"
Gambar-gambar yang SS pamerkan ini merupakan "print screen" daripada blog tersebut. 

"ini bukan provokasi melampau. tapi ini saja nak bikin kacau hahahahah hidup rakyat! musnah istana zalim!" -Khalid Ismath

Kacau! kacau? kacau??

Jelaslah dengan pengakuan ini, mahasiswa harus faham akan sebenarnya ketetapan hati si Khalid Ismath ini hanyalah untuk bikin kacau dan bukanlah untuk mewakili suara mahasiswa.

Selain daripada diperkudakan parti politik pembangkang, Khalid Ismath juga menjadi ikon mahasiswa contoh teladan yang kononnya berani bangkit untuk melawan manusia berperangai haiwan namun, perwatakan islam yang dibawanya bukan sahaja memalukan dirinya malah juga islam kerana penulisannya yang penuh dengan caci makian.

Cuba kita renungkan, peredaran maklumat melalui media digital bergerak begitu pantas sepantas iringan masa, jika pautan penulisan itu ditampalkan dengan tulisan "Babi", "Sial" dan sebagainya sambil perwatakan Islam dipamerkan, maka perubahan minda masyarakat bukan Islam terhadap Islam juga akan bergerak pantas berubah membenci Islam. Mungkin Islam yang indah ini akan dipandang serong hanya kerana si Pemuja DAP ini.

Prologue: Middle Voices tidak berpendapat bahawa setiap pembawakan ideologi manusia itu seharusnya menjadi ikutan seandainya si pembawa ideologi itu bersifat aneh, panas baran, dan yang lebih merbahaya apabila pembawakan ideologi itu hanyalah untuk memusnahkan.

Maka di sinilah pengukuran kebijaksanaan mahasiswa sebagai golongan intelek yang boleh memilih dan menilai ideologi yang mana yang seharusnya menjadi ikutan mahasiswa.

Mahasiswa boleh sahaja untuk memilih ideologi yang bersifat dendam dan kemusnahan malah yang lebih penting kebijaksanaan mahasiswa lebih berkuasa untuk membenarkan mahasiswa memilih ideologi yang lebih mapan dan berterusan dari aspek menambah dan bukan memusnah.

#Teruskan berfikir dan teruskan merenung. Mana yang kita pilih, memusnah atau menambah?

No comments:

Post a Comment