JELI - Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana
mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan Pas walaupun mentadbir selama 22 tahun.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan ketika bertemu dengannya beberapa hari lepas.
"Masyarakat Cina juga telah hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidul Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Justeru kata Mustapa, kenyataan pembangkang bahawa kaum Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau berharap anggota Umno di Kelantan bersatu padu.

Katanya Umno juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut. - Bernama
P/S:cina kelantan dah sedar, Melayu Penang bila nak sedar???